Sunday, 31 July 2016

Kenapa perlu pilih Az Zuha?



Assalamualaikum

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tiba2 nama azzuha ni meletup kan?..sebenarnya inilah yang azzuha buat untuk mempromosikan pakej-pakej yang menarik dengan mengalu-alukan mutawwif yang berminat untuk menyertai azzuha. 

Para mutawwif azzuha dari pelbagai latar belakangyang bakal berkhidmat untuk jemaah 


Bukan mudah untuk mengendalikan sebuah syarikat travel agent. Lebih-labih lagi yang melibatkan umrah dan haji ni, sbb banyak persaingan dan pengalaman jemaah dengan syarikat travel yang lain. yang penting semua agensi ingin memberikan yang terbaik untuk jemaah mereka.



Sebenarnya az zuha ni dah lebih 6 tahun beroperasi. Jatuh bangun dalam mengendalikan jemaah ni semua dah rasa. Dan sekarang ni insyaallah dengan sekongan dari para mutawwif yang sanggup untuk bersama dengan az zuha, diharap ia dapat memberikan info dan perkhidmatan yang terbaik untuk semua bakal jemaah umrah yang memilih untuk bersama dengan az zuha.

Antara yang menarik dengan Az Zuha ialah:

1. Mutawwif yang terlatih dan sedia berkhidmat (Akan bersama dengan jemaah dari KLIA hingga balik ke KLIA)
2. Pilihan hotel dari jarak 250meter hingga 50meter mengikut pakej yang disediakan.
3. Penerbangan sewa khas dengan Flynas





4. Penerbangan terus ke Jeddah atau ke Madinah tanpa transit (KUL-JED-MED-KUL / KUL-MED-JED-KUL)
5. Tidak akan berlaku mono (cnthnya: masuk madinah dan balik ikut madinah)
6. Setiap yag berdaftar dengan az zuha akan mendapat 3 jenis beg (beg pakaian, beg dokumen dan beg untuk kasut)
7. Jemaah akan diberikan ihram dan telekung percuma
8. Bas percuma ke KLIA bagi yang jauh atau potong 50% dari harga tiket untuk yang naik flight

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-6311370 (Ust Wan)


Tuesday, 26 July 2016

Penerbangan Az Zuha


Tahun ini insyaallah penerbangan dengan Az Zuha Travel & Tours akan menggunakan pesawat sewa khas dari Flynas iaitu sebuah syarikat penerbangan dari negara Saudi. Ia bagi memastikan keselesaan jemaah yang bakal menunaikan umrah bagi sesi 2016/2017. Ia juga telah dinaiktaraf  mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan agar dapat memberikan keselesaan yang secukupnya semasa penerbangan. Jemaah umrah juga boleh memilih di antara penerbangan KUL-MED-JED-KUL atau KUL-JED-MED-KUL. Yang pastinya jemaah akan melalui pengalaman istimewa apabila anda memilih Az Zuha Travel & Tours sebagai teman anda.



Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 019-6311370





Thursday, 21 July 2016

Senaman Dalam Pesawat


Perjalanan menuju ke Mekah mengambil masa 8 jam. Terlalu lama duduk pada posisi yang sama dapat membuat anda merasa kurang selesa ketika di dalam pesawat. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah uzur. Berikut ini adalah sedikit senaman ringan yang dapat anda boleh lakukan setiap beberapa jam untuk melembutkan otot-otot anda.

1. Gerakan dapat dimulai dengan duduk bersandar di kursi anda dengan posisi tegak.


2. Istirehatkan kedua kaki di lantai. Renggangkan kedua kaki dengan ibu jari menghadap ke atas, dan kemudian menghadap ke bawah.


3. Bongkokkan tubuh bahagian atas ke depan dan genggam lutut dengan kedua tangan anda. Angkat lutut perlahan menuju ke dada selama beberapa saat dan kemudian lepaskan, kembalikan kedua kaki anda ke lantai. Teruskan pula dengan kaki yang lain. Ulangi sebanyak 5 kali sebelah kaki.


4. Letakkan tangan anda di bawah satu paha dan perlahan angkat menuju ke dada anda. Pusingkan pergelangan kaki anda selama 5 kali. Ulangi pada kaki yang lain. Lakukan gerakan ini 5 kali dengan kedua kaki.


* Kami menyarankan anda untuk berhenti melakukan latihan ini segera apabila anda merasakan sakit atau tidak selesa.


Ilustrasi oleh Bernard Chau. Diambil dari Discovery, Majalah dalam pesawat pemenang penghargaan Cathay Pacific.


Pakej VIP Az Zuha




Dengan Pakej VIP yang kami tawarkan anda akan mendapat beberapa keistimewaan dari sudut lokasi, tempat penginapan dan jarak yang tentunya amat penting bagi sebahagian jemaah yang uzur dan yang ingin mendapatkan kelainan ketika melakukan ibadah umrah yang tentunya membuatkan anda lebih bertenaga untuk fokus terhadap ibadah. Untuk melihat senarai pakej klik di sini


Pakej ini menawarkan hotel bertaraf 5 bintang yang berada disekitar Masjidil Haram yang mana jaraknya sekitar 50meter. Tapi anda mesti ingat bahawa 50meter tersebut bukan bermaksud ke Kaabah, tapi 50meter ialah jarak ke halaman Masjidil Haram. Dari permulaan halaman tersebut menuju kaabah pula perjalanan sekitar 400-500meter. Maka di sinilah yang menjadikan jarak itu amat penting bagi mereka yang uzur dan warga emas


Bangunan Clock Tower ialah satu bangunan yang diwakafkan oleh Raja Saudi yang mana segala hasil yang diperolehi akan diperuntukkan untuk menampung kos perbelanjaan Masjidil Haram. Di sekitar bangunan inilah hotel-hotel jemaah yang mengambil Pakej VIP. Antaranya Hotel Safwah, Hotel Hilton dan Hotel Elaf Kinda.
Ruang makan yang cukup selesa dan tenang. Bagi mereka yang meginap di Hotel Safwah atau Hilton, hanya sarapan yang disediakan. Ia dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 10.00pagi. Kebiasaannya jemaah akan balik untuk makan selepas waktu Dhuha. 


 Pemandangan dari ruang makan salah sebuah hotel. Tapi anda jangan bayangkan kesemua hotel akan ada pemandangan seperti ini kerana setiap hotel ruang makan mereka adalah berbeza.




Bilik yang cukup selesa dan menenangkan. Pakej yang disediakan ialah bilik berdua, tiga dan berempat. Sangat dinasihatkan untuk anda mendatangkan jumlah yang tepat mengikut pakej yang anda pilih agar memudahkan proses pendaftaran masuk.
Makanan yang disediakan oleh hotel-hotel ini mampu membuka selera anda dengan pelbagai jenis menu yang cukup menarik. Amat baik bagi mereka yang mementingkan makanan seimbang.


Hotel-hotel ini juga menyediakan ruang solat yang cukup selesa berpanoramakan Masjidil Haram




Kedudukan hotel-hotel di sekitar Masjidil Haram. Apa yang penting harga yang kami tawarkan di Az Zuha Travel & Tours sangat berpatutan yang mana kami amat mementingkan keselesaan anda.

Diari Seorang Mutawwif (siri pertama)

Pengalaman pertama kali melakukan umrah pada tahun 2013 bersama ahli keluarga (ayah, mak, ayah Mad, makcik Jah dan kami lima beradik) di samping turut diminta untuk menjadi penterjemah kepada pengurusan (pok nik) banyak memberikan pendedahan yang cukup istimewa dalam mengendalikan jemaah.

Selesai umrah pertama (umrah wajib) kami semua bertahallul di sebuah kedai di bawah bangunan Clock Tower. Namun anda harus berhati-hati dengan harga yang ditawarkan untuk bercukur. Kadang-kadang harganya agak tinggi berbanding tempat lain. Kebiasaannya  harga untuk bercukup sekitar 10 Riyal. 5 minit sahaja selesai satu kepala. Bagi anda yang pertama kali mungkin risau nak cari kat mana tempat untuk bercukup.Jangan risau, kerana selesai sahaja anda melakukan saie anda akan disapa oleh mereka yang berada di luar masjid.."botak..botak..botak". Nak jimat cukur sendiri.

Bergambar bersama keluarga Pok Ku (Tokey stesen minyak) di hadapan Gua Thur. banyak lagi tempat yang sempat kami lawati. Antaranya Gua Hira, Masjid Quba, Makam Syuda' Uhud, Bukit Uhud dan Universiti Islam Madinah.

Tempat yang wajib dilawati apabila datang Madinah, LADANG KURMA. Ha..bagi orang kita, dah kira macam rukun umrah datang ladang kurma ni. Dan kalau balik umrah tak bawa kurma, kismis, buah tin dan aprikot kering tu kira macam tak sahlah umrah.

Namun anda jangan terpedaya dengan kurma yang bermacam jenis di sini kerana harga yang ditawarkan adalah sangat tinggi berbanding yang dijual di kawasan hotel. Orang cakap kat Malaysia lagi murah..hehe..

Tuesday, 19 July 2016

Umrah Selesa



Mencari Umrah Selesa?

Assalamualaikum
Kepada anda yang sedang mencari pakej umrah, kami di Az zuha Travel & Tours mengalukan alukan anda untuk menyertai kami, kerana kami bukan hanya menyediakan pakej tapi kami dilatih untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk anda. Insyaallah harga berpatutan dan kami menjamin keselesaan anda dalam melakukan ibadah umrah

Yang pasti, tiada yang sebanding Az Zuha Travel & Tours

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-6311370 (ust wan)