Dengan Pakej VIP yang kami tawarkan anda akan mendapat beberapa keistimewaan dari sudut lokasi, tempat penginapan dan jarak yang tentunya amat penting bagi sebahagian jemaah yang uzur dan yang ingin mendapatkan kelainan ketika melakukan ibadah umrah yang tentunya membuatkan anda lebih bertenaga untuk fokus terhadap ibadah. Untuk melihat senarai pakej klik di sini
Pakej ini menawarkan hotel bertaraf 5 bintang yang berada disekitar Masjidil Haram yang mana jaraknya sekitar 50meter. Tapi anda mesti ingat bahawa 50meter tersebut bukan bermaksud ke Kaabah, tapi 50meter ialah jarak ke halaman Masjidil Haram. Dari permulaan halaman tersebut menuju kaabah pula perjalanan sekitar 400-500meter. Maka di sinilah yang menjadikan jarak itu amat penting bagi mereka yang uzur dan warga emas
Bangunan Clock Tower ialah satu bangunan yang diwakafkan oleh Raja Saudi yang mana segala hasil yang diperolehi akan diperuntukkan untuk menampung kos perbelanjaan Masjidil Haram. Di sekitar bangunan inilah hotel-hotel jemaah yang mengambil Pakej VIP. Antaranya Hotel Safwah, Hotel Hilton dan Hotel Elaf Kinda.
Ruang makan yang cukup selesa dan tenang. Bagi mereka yang meginap di Hotel Safwah atau Hilton, hanya sarapan yang disediakan. Ia dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 10.00pagi. Kebiasaannya jemaah akan balik untuk makan selepas waktu Dhuha.
Pemandangan dari ruang makan salah sebuah hotel. Tapi anda jangan bayangkan kesemua hotel akan ada pemandangan seperti ini kerana setiap hotel ruang makan mereka adalah berbeza.
Bilik yang cukup selesa dan menenangkan. Pakej yang disediakan ialah bilik berdua, tiga dan berempat. Sangat dinasihatkan untuk anda mendatangkan jumlah yang tepat mengikut pakej yang anda pilih agar memudahkan proses pendaftaran masuk.
Makanan yang disediakan oleh hotel-hotel ini mampu membuka selera anda dengan pelbagai jenis menu yang cukup menarik. Amat baik bagi mereka yang mementingkan makanan seimbang.
Hotel-hotel ini juga menyediakan ruang solat yang cukup selesa berpanoramakan Masjidil Haram
Kedudukan hotel-hotel di sekitar Masjidil Haram. Apa yang penting harga yang kami tawarkan di Az Zuha Travel & Tours sangat berpatutan yang mana kami amat mementingkan keselesaan anda.