Thursday, 21 July 2016

Diari Seorang Mutawwif (siri pertama)

Pengalaman pertama kali melakukan umrah pada tahun 2013 bersama ahli keluarga (ayah, mak, ayah Mad, makcik Jah dan kami lima beradik) di samping turut diminta untuk menjadi penterjemah kepada pengurusan (pok nik) banyak memberikan pendedahan yang cukup istimewa dalam mengendalikan jemaah.

Selesai umrah pertama (umrah wajib) kami semua bertahallul di sebuah kedai di bawah bangunan Clock Tower. Namun anda harus berhati-hati dengan harga yang ditawarkan untuk bercukur. Kadang-kadang harganya agak tinggi berbanding tempat lain. Kebiasaannya  harga untuk bercukup sekitar 10 Riyal. 5 minit sahaja selesai satu kepala. Bagi anda yang pertama kali mungkin risau nak cari kat mana tempat untuk bercukup.Jangan risau, kerana selesai sahaja anda melakukan saie anda akan disapa oleh mereka yang berada di luar masjid.."botak..botak..botak". Nak jimat cukur sendiri.

Bergambar bersama keluarga Pok Ku (Tokey stesen minyak) di hadapan Gua Thur. banyak lagi tempat yang sempat kami lawati. Antaranya Gua Hira, Masjid Quba, Makam Syuda' Uhud, Bukit Uhud dan Universiti Islam Madinah.

Tempat yang wajib dilawati apabila datang Madinah, LADANG KURMA. Ha..bagi orang kita, dah kira macam rukun umrah datang ladang kurma ni. Dan kalau balik umrah tak bawa kurma, kismis, buah tin dan aprikot kering tu kira macam tak sahlah umrah.

Namun anda jangan terpedaya dengan kurma yang bermacam jenis di sini kerana harga yang ditawarkan adalah sangat tinggi berbanding yang dijual di kawasan hotel. Orang cakap kat Malaysia lagi murah..hehe..