Wednesday, 10 October 2018

Cerita di sebalik syurga makanan Syari' Qurban







Bagi mereka yang berulang alik ke Madinah pasti akan mengetahui satu kawasan yang dinamakan "Qurban". Kawasan ini terdapat pelbagai  kedai makan khususnya makanan makanan arab seperti kambing, nasi mandy, burmah dan sebagainya. Mudah cerita inilah kawasan syurga makanan.

Namun, tahukah kita ,di sekitar kawasan Qurban inilah pernah berlaku satu peristiwa penting kepada Baginda ar-Rasul , iaitu pengusiran Bani Qainuqa' dari bumi Madinah .

Ketika Baginda ar- Rasul mula sampai ke Madinah, perkara awal yang dilakukan adalah mewujudkan garis panduan kehidupan bermasyarakat yang di gelar ' piagam' kepada seluruh penduduk Madinah.

Panduan itu turut mengandungi kesediaan semua penduduk Madinah termasuk kaum Yahudi untuk turut mempertahankan Madinah sebagai sebuah negara berdaulat.

Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Qirazhoh adalah tiga kelompok Yahudi yang turut bersetuju dan menandatangani perjanjian tersebut .

Pun begitu, Yahudi tetap Yahudi . Sifat jelas mereka ialah tidak berpegang dengan janji. Hanya setahun setengah selepas perjanjian ini diwujudkan. Yahudi Bani Qainuqa' telah mengkhianatinya apabila mereka telah mengganggu orang beriman sehingga membawa kepada pembunuhan.

Maka Baginda ar-Rasul tidak punya pilihan melainkan melakukan serangan ke atas mereka dan akhirnya mereka diusir ke arah Syam.

Berikut beberapa fakta berkaitan peristiwa ini.

Nama peristiwa : Pengusiran Bani Qainuqa'

Lokasi : Sebahagian dari Qurban dan kawasan A'wali Madinah ( Janubiyah )

Masa peristiwa : Syawal tahun 2 hijrah bersamaan 624 M

Amir yang menguruskan Madinah : Abu Lubabah Basyir Bin Abdul Munzir.

Jumlah tentera Muslimin: Hampir semua orang Islam yang mampu menggalas senjata .

Jumlah Yahudi : 700 orang.

Sebab tercetusnya perang : Yahudi mengganggu wanita Muslimah dan membunuh seorang Muslim .

Pemegang bendera Tentera Muslimin : Hamzah bin Abdul Muttalib.

Tempoh pengepungan : 15 hari.

Keputusan : Yahudi diusir keluar meninggalkan Madinah dan menuju ke Syam.

Ayat al-Quran yang turun : ayat 12 dan seterusnya dari surah ali-Imran. Serta ayat 51-56 surah Al-Maidah.

Selepas peristiwa ini , berbaki dua lagi kelompok Yahudi iaitu Bani Nadhir dan Bani Quraizhoh yang berjaya dikeluarkan dari Madinah secara keseluruhannya pada tahun 5 hijrah.

Redho Hayati 
Pengurus Bahagian Bimbingan Azzuha Travel
#notamadinah2018