Monday, 6 August 2018

Haji Badal Semurah RM1500?


HAJI BADAL MURAH

Sebenarnya ramai dah mesej saya bertanyakan soal badal Haji. Saya jawab terus, harga pengurusannya sekitar RM4500. Langsung senyap tanpa berita. Ada juga yang cakap mahal sangat. Tak kena dengan duduk Madinah, dah dekat dengan Mekah pun mahal.




Saya senyum sajalah. Dah dapat agak akan reaksi berkenaan. Kita disuap dengan poster-poster tepi jalan yang menjanjikan badal Haji semurah RM1500. Orang fikir bila ada yang sudah berada di dalam Arab Saudi, mungkin boleh dapat lagi murah dari itu.

Okey, saya jelaskan di sinilah senang. Mereka yang akan buatkan badal tersebut adalah kawan-kawan kami di Universiti Islam Madinah. Ya, orang Melayu kita. Boleh percaya? Ya boleh, sebab saya tahu siapa kawan-kawan saya.

Dari Madinah nak ke Mekah pula memerlukan pengangkutan pergi dan balik. Apabila tiba di sana, mereka akan menetap di rumah sewa sekitar Mekah, berdekatan Mina bagi memudahkan perjalanan manasik nanti. Kebiasaannya akan duduk beramai-ramai, pakat-pakat bayar.

Cuma kami semua perlu masuk sebulan awal disebabkan beberapa faktor dan sebab yang tidak dapat dielakkan. Lagipun rumah sewa di sana memang kena sewa sebulan, khas bagi musim haji. Kos makan dan minum mungkin dapat dijimatkan sedikit dengan memasak, bukan makan di kedai.

Kos perjalanan ke Mina, Arafah, Muzdalifah dan Masjidilharam juga perlu dikira sama. Musim orang ramai begini, tipulah kalau tak ada yang naikkan harga. Kita di Malaysia pun begini kan? Orang bila dah terdesak, sanggup bayar bosku. Ke semua tempat itu bukannya dekat-dekat.

Seingat aku, pernah dari Mina ke Masjidilharam yang jaraknya dalam 5 kilometer. Harga biasa boleh dapat bawah 10 riyal. Namun waktu itu, naik ke 20 riyal sekepala.

“Habis yang murah RM1500 itu macam mana?"

Banyak perkara yang perlu disemak balik sebelum berurusan. Siapa yang buatkan badal? Haji jenis Qiran, Tamattu' atau Ifrad? Bayaran damnya pula macam mana?

Ada kes yang pembuat badal niatkan lebih dari seorang dalam satu masa. Itu sebenarnya tak sah, kawan. Saya bukan nak halusi pemikiran kalian untuk berburuk sangka. Cuma ia perlu dijelaskan.

Ini tidak, sudahlah minta harga murah. Nak pula diberi hadiah dari sana. Suruh buat tahlil dan kenduri itu dan ini. Ingat itu semua boleh selesai dengan air liur ke apa? Haha. Tak marah, tanya ja.

Sekali lagi saya jelaskan, harga badal yang kami terima adalah RM4500, itu paling murah. Jika nak, boleh mesej saya dan saya berikan nombor yang akan menjadi wakil kalian. Saya tak ambil upah pun. Kalian terus berurusan dengannya.

Itulah.

Najmi Farisham,

Harap jelaslah, okey.

Baca untuk lebih lanjut