Sunday, 25 September 2016

Bolehkah aku melihat Kaabah?



JANGAN TAKUT!!
JANGAN TAKUT!!
JANGAN TAKUT!!
JANGAN TAKUT!!

------------------------------------------------------

Biasanya bila sebut nak pergi Mekah, sebahagian daripada kita ada yang takut dan gerun untuk ke sana. Mungki terpengaruh dengan cerita-cerita dari pengalaman atau bacaan yang banyak memaparkan kisah-kisah ganjil dan pelik yang berlaku ketika mengerjakan ibadah haji atau umrah. Ada yang tak nampak Kaabah, ada yang sesat, ada yang jatuh sakit dan macam-macam lagi.

===================================================
JANGAN TAKUT!!
Mungkin sebahagian kita juga mempunyai pengalaman berkenaan dengan syarikat travel yang hanya indah khabar dari rupa yang menjanjikan bermacam-macam keistimewaan apabila menyertai mereka. Ada yang dah bayar tapi tak dapat pergi. Ada yang hotel berubah- ubah. Ada yang makan tak cukup. Ada yang bayar lebih dari yang sepatutnya dan bermacam- macam lagi.

===================================================
JANGAN TAKUT!!
Perjalanan yang mengambil masa 8 jam kadang-kadang mencecah berbelas jam kerana transit. Atau setelah sampai ke Jeddah terpaksa ke Madinah pula menaiki bas. Sungguh memenatkan dan menjadi suatu yang amat merisaukan apabila memilih ejen umrah.

===================================================
UMRAH SELESA

Di Azzuha Travel & Tours kami menyediakan beberapa keistimewaan untuk anda yang menyertai kami.

1. Mutawwif yang terlatih dan berpengalaman: Alhamdulillah setakat ini ramai dari Jemaah yang telah bersama Azzuha tetap kekal memilih Azzuha untuk mengerjakan umrah pada kali yang berikutnya kerana mutawwif yang mesra dan berpengalaman di samping penyampaian maklumat yang sahih dan sesi santapan rohani yang mantap insyaallah. Ini dapat memberikan motivasi kepada mereka yang pertama kali datang dan tentunya masih diselubungi rasa takut dan risau dengan pengalaman yang bermacam-macam berkenaan peristiwa ganjil dan pelik yang sering dipaparkan. Di samping itu juga mutawwif akan sentiasa bersama anda dari KLIA hinggalah anda kembali semula ke KLIA.

2. Syarikat yang berdaftar: Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA). Di samping itu juga anda boleh melihat beberapa maklumbalas berkenaan Jemaah yang pernah bersama dengan Azzuha Travel dan mereka sangat berpuas hati

3. Penerbangan sewa khas: Bila disebut sewa khas, bermakna Azzuha Travel mengambil inisiatif untuk memudahkan jemaah iaitu dengan menyewa sebuah kapal terbang khas dengan syarikat penerbangan FLYNAS. Apakah keistimewaan sewa khas?
  • Tiada transit: Penerbangan sewa khas akan bermula dari KLIA ke Jeddah atau ke Madinah secara terus tanpa transit. Ini akan lebih memberikan keselesaan kepada Jemaah yang bakal menempuh perjalanan lebih kurang 8 jam. Bayangkan kalua ada transit dengan perjalanan 8 jam ditambah lagi dengan transit 4 jam, ia tentu sahaja memenatkan.
  • Tiada penerbangan mono: Sebagai contohnya penerbangan yang masuk ikut Madinah dan balik pun ikut Madinah atau seumpama dengannya. Pakej seperti ini sememangnya amat-amat memenatkan dan tentu sahaja akan memberi kesan pada mereka yang berumur atau sakit.
  • Penumpang: tentunya bila tidak ada transit, maka semua penumpang adalah mereka yang akan mengerjakan umrah dan tentu sahaja mereka akan memahami situasi anda.
  • Selesa: Syarikat FLYNAS yang disewa khas ini telah dinaiktaraf mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Azzuha Travel dan tentunya keselesaan jemaah amat dititikberatkan. Untuk gambaran tentang pesawat, sila rujuk: azzuhatravel.blogspot.my/2016/07/penerbangan-az-zuha.html


Sungguh anda tidak rugi apabila anda memilih Azzuha untuk menjadi teman perjalanan anda kerana tiada yang sebanding Azzuha yang tentunya perkhidmatan terbaik tersedia untuk anda.

=============================
Untuk pertanyaan, sila hubungi Ust Wan (call/whatsapp)
019-6311370
019-6311370
019-6311370