Wednesday, 3 April 2019

"Ustaz, ada kiriman ni untuk ust"


Kepuasan para jemaah dipamerkan dengan bermacam cara. Ada yang memberikan senyuman kepuasan. Ada yang nak belanja mutawwif. Ada yang berkongsi cerita gembira dengan ahli keluarga. Ada yang kirim duit kat mutawwif dan bermacam lagi.

Pendek kata kegembiraan tersebut akan terus melekat dalam hati walaupun sudah sekian lama pulang ke Malaysia.

Satu hari aku menerima mesej dari rakan mutawwif yang pulang lebih awal dariku membawa jemaah yang telah aku santuni di haramain. Aku ketika itu terpaksa melanjutkan tempoh bertugas kerana diminta oleh pihak pengurusan.

"ust, ana ada sesuatu untuk ust"

Dibenakku mula terfikir, apakah benda tersebut?

Adakah barangku yang tertinggal di hotel atau yang dia tersilap ambil.

Setibanya di tanah air, aku terus menghubungi beliau dan ajak bertemu di sebuah tempat.

"Nah ustaz, jemaah kirim". Sambil beliau menghulurkan satu sampul yang hampir koyak berisi beberapa keping duit.

Aku terus bertanya "untuk apa ni ustaz?. Beliau cakap "entah jemaah kirim untuk enta".

Hanya terima kasih yang mampu aku tuturkan.

Kami sebenarnya tak minta pun upah untuk dibayar perkhidmatan sebab kami semua sudah ada elaun yang telah dibayar oleh pihak syarikat. Tapi beginilah cara sebahagian para jemaah menunjukkan rasa gembira mereka dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh PUAZ (PEMBIMBING UMRAH AZZUHA).

Terkadang kita tak pasti samada cara kita dekati mereka itu memuaskan hati mereka atau tidak. Yang penting prinsip dalam tugasan kami ialah "MENYANTUNI DENGAN HATI"

Sehingga kami pernah digelar "Mutawwif kiriman tuhan"

Jom kenali PUAZ

http://www.azzuhatravel.com/mutawwif/